Isnin, 20 September 2021

Peribahasa: Perumpamaan


                     Peribahasa: Perumpamaan


Definisi Perumpamaan

Perumpamaan merupakan susunan kata dalam sesuatu ayat yang dapat memberikan makna khas dan berlainan daripada apa yang dikatakan atau ditulis ataupun yang boleh membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain. Selain dari itu juga perumpamaan boleh dikenali sebagai kata-kata yang indah, ringkas dan kemas sesuai digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya untuk pelajar untuk memantapkan lagi pembinaan karangan serta mempunyai maksud tersirat.

Contoh Kata Perumpamaan:





   

Jenis-Jenis 

Terdapat 2 jenis perumpamaan yang dikenali sebagai perumpamaan yang menyebut perbandingan dan perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan. 


A) Perumpamaan yang menyebut perbandingan

Perumpamaan ini digunakan kata-kata seperti bak,bagai,macam,ibarat,laksana ,umpama dan sebagainya. Biasanya perumpamaan yang menyebut perbandingan akan digunakan. Dipangkal ayat, walaubagaimanapun ia juga sering digunakan pertengahan ayat. 

Contohnya:

(i) bagai kucing dengan panggang

(ii) ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang

(iii) laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna

(iv) macam timun dengan durian, menggolek luka, kena golek pun luka

(v) seperti kacang lupakan kulit


B) Perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan.

Perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingannya tidak akan didahului dengan kata-kata perbandingan tersebut.

Contohnya: 

(i) air sama air, sampah ke tepi juga

(ii) belakang parah kalau diasah nescaya tajam juga

(iii) genggam bara api biar sampai jadi arang


Bentuk/Ciri 

Perumpamaan ini ia berasal daripada bahasa kiasan serta perumpamaan ini juga salah satu daripada cabang peribahasa ya g diperolehi dengan membawa maksud yang berlapis.



Rujukan 

1.

http://normah-ainipgkpm.blogspot.com/2012/07/perumpamaan.html?m=1 

2.

http://duniaperibahasa.blogspot.com/2012/04/perumpamaan.html?m=1 

3.

https://www.slideshare.net/mobile/amranbakar/perumpamaan-46271853

Tiada ulasan:

KATA-KATA HIKMAT :)

       Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kit...