RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PELAJARAN : BAHASA MELAYU
TOPIK : PERIBAHASA
HARI : KHAMIS
TARIKH : 26 September 2021
MASA : 7:30 - 8:30 AM
KELAS : 1 MATAHARI
BILANGAN MURID : 28 Orang
STANDARD PEMBELAJARAN : Murid memahami dan memberi respon tentang peribahasa.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:
1. Memahami maksud peribahasa.
2. Mengetahui contoh dan jenis peribahasa.
3. Membina ayat menggunakan jenis-jenis peribahasa.
SISTEM BAHASA : Tatabahasa - Peribahasa
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH : Kemahiran Berfikir - membina ayat.
PENGETAHUAN SEDIA ADA :
Murid-murid sudah mengetahui peribahasa dan jenis peribahasa :
1. Murid mempunyai pengetahuan tentang pelbagai makna peribahasa.
BAHAN BANTU MENGAJAR :
1. Laptop
2. Slaid PowerPoint
3. Video dari Youtube
4. Blog
MASA/ LANGKAH | ISI PELAJARAN | AKTIVITI PENGAJARA DAN PEMBELAJARAN | CATATAN |
Set Induksi (10 Minit) | 1. Video | 1. Guru memasang video yang berkaitan dengan peribahasa dari Youtube. 2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai video yang ditonton. 3. Murid meneka apa yang ditonton. 4. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu peribahasa.
| BBM : Video
|
Langkah 1 (15 minit) | 1. Blog peribahasa | 1. Guru membuka slaid powerpoint dan menerangkan sepintas lalu mengenai definisi peribahasa kepada murid. 2. Guru menunjukkan contoh-contoh peribahasa kepada murid. 3. Guru menerangkan kepada murid bahawa mereka akan meneka gambar berkenaan “simpulan bahasa” yang terdapat dari blog tersebut dan membina ayat menggunakan “simpulan bahasa” tersebut. 4. Murid meneka dan membina ayat berdasarkan gambar “simpulan bahasa” yang mereka pelajari dari blog. | BBM : 1. Slaid PowerPoint 2. Blog
|
Langkah 2 (15 minit) | 1. Menulis dan membina ayat mengikut jenis peribahasa. | 1. Guru meminta setiap murid membina ayat berdasarkan jenis peribahasa yang sudah dipelajari dan guru memberikan masa 5minit kepada murid untuk menyiapkannya. 2. Murid menulis dan membina ayat. |
|
Langkah 3 (15 minit) | 1. Murid membaca ayat yang sudah mereka bina. | 1. Setiap murid membaca ayat yang sudah dibina dan menjelaskan jenis peribahasa yang digunakan. 2. Guru mendengar dan memberi komen mengenai karangan yang telah dibaca oleh murid. 3. Murid mendengar komen guru. |
|
Penutup (5 minit)
| 1. Rumusan | 1. Guru membuat rumusan berkaitan pembelajaran hari ini. 2. Kelas selesai |
|
Link Video Pengajaran :
https://drive.google.com/file/d/1bpVjM4xr-jsii8M2jFM3MwQ6Eh7WQOp5/view?usp=sharing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan