Rabu, 22 September 2021

KATA-KATA HIKMAT :)

     Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita. Lazimnya, kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian yang mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan harian. 

Contoh Kata- Kata Hikmat 💕




Video Kata-Kata Hikmat 💜










C

      

Selasa, 21 September 2021

MARI MENGENALI APA ITU BIDALAN


BIDALAN 

1. Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan, bidalan juga mempunyai dua lapis.
2. Bagaimanapun biasanya bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana, dan umpama
3. perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih sering digunakan kerana mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran 

Berikut adalah contoh-contoh bidalan dan juga maksudnya. 





Gambar Rajah 1 


Gambar Rajah 2 


Gambar Rajah 3 


Gambar Rajah 4 

Mari menjawab kuiz "Peribahasa" 😁

Link kuiz : https://wordwall.net/resource/22052585

Isnin, 20 September 2021

Peribahasa: Perumpamaan


                     Peribahasa: Perumpamaan


Definisi Perumpamaan

Perumpamaan merupakan susunan kata dalam sesuatu ayat yang dapat memberikan makna khas dan berlainan daripada apa yang dikatakan atau ditulis ataupun yang boleh membandingkan sesuatu benda dengan benda yang lain. Selain dari itu juga perumpamaan boleh dikenali sebagai kata-kata yang indah, ringkas dan kemas sesuai digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya untuk pelajar untuk memantapkan lagi pembinaan karangan serta mempunyai maksud tersirat.

Contoh Kata Perumpamaan:





   

Jenis-Jenis 

Terdapat 2 jenis perumpamaan yang dikenali sebagai perumpamaan yang menyebut perbandingan dan perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan. 


A) Perumpamaan yang menyebut perbandingan

Perumpamaan ini digunakan kata-kata seperti bak,bagai,macam,ibarat,laksana ,umpama dan sebagainya. Biasanya perumpamaan yang menyebut perbandingan akan digunakan. Dipangkal ayat, walaubagaimanapun ia juga sering digunakan pertengahan ayat. 

Contohnya:

(i) bagai kucing dengan panggang

(ii) ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang

(iii) laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna

(iv) macam timun dengan durian, menggolek luka, kena golek pun luka

(v) seperti kacang lupakan kulit


B) Perumpamaan yang tidak menyebut perbandingan.

Perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingannya tidak akan didahului dengan kata-kata perbandingan tersebut.

Contohnya: 

(i) air sama air, sampah ke tepi juga

(ii) belakang parah kalau diasah nescaya tajam juga

(iii) genggam bara api biar sampai jadi arang


Bentuk/Ciri 

Perumpamaan ini ia berasal daripada bahasa kiasan serta perumpamaan ini juga salah satu daripada cabang peribahasa ya g diperolehi dengan membawa maksud yang berlapis.



Rujukan 

1.

http://normah-ainipgkpm.blogspot.com/2012/07/perumpamaan.html?m=1 

2.

http://duniaperibahasa.blogspot.com/2012/04/perumpamaan.html?m=1 

3.

https://www.slideshare.net/mobile/amranbakar/perumpamaan-46271853

Ahad, 19 September 2021

Platform Online Pendidikan

1. Kamus Online Bahasa Melayu

Lama Utama PRPM



2. Grup E-didik Malaysia


3. Lama Youtube E-didik Malaysia

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) & Video Pengajaran Topik Peribahasa


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

 

PELAJARAN : BAHASA MELAYU

TOPIK : PERIBAHASA

HARI : KHAMIS

TARIKH : 26 September 2021

MASA : 7:30 - 8:30 AM

KELAS : 1 MATAHARI

BILANGAN MURID : 28 Orang

STANDARD PEMBELAJARAN : Murid memahami dan memberi respon tentang peribahasa.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:

1. Memahami maksud peribahasa.

2. Mengetahui contoh dan jenis peribahasa.

3. Membina ayat menggunakan jenis-jenis peribahasa.

SISTEM BAHASA : Tatabahasa - Peribahasa

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH : Kemahiran Berfikir - membina ayat.

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

Murid-murid sudah mengetahui peribahasa dan jenis peribahasa :

1. Murid mempunyai pengetahuan tentang pelbagai makna peribahasa.

BAHAN BANTU MENGAJAR :

1. Laptop

2. Slaid PowerPoint

3. Video dari Youtube

4. Blog

 

MASA/

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARA DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

(10 Minit)

1. Video

1. Guru memasang video yang berkaitan dengan peribahasa dari Youtube.

2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai video yang ditonton.

3. Murid meneka apa yang ditonton.

4. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu peribahasa.

 

BBM : Video

 

 

Langkah 1

(15 minit)

1. Blog peribahasa

1. Guru membuka slaid powerpoint dan menerangkan sepintas lalu mengenai definisi peribahasa kepada murid.

2. Guru menunjukkan contoh-contoh peribahasa kepada murid.

3. Guru menerangkan kepada murid bahawa mereka akan meneka gambar berkenaan “simpulan bahasa” yang terdapat dari blog tersebut dan membina ayat menggunakan “simpulan bahasa” tersebut.

4. Murid meneka dan membina ayat berdasarkan gambar “simpulan bahasa” yang mereka pelajari dari blog.

BBM :

1. Slaid PowerPoint

2. Blog

 

 

 

Langkah 2

(15 minit)

1. Menulis dan membina ayat mengikut jenis peribahasa.

1. Guru meminta setiap murid membina ayat berdasarkan jenis peribahasa yang sudah dipelajari dan guru memberikan masa 5minit kepada murid untuk menyiapkannya.

2. Murid menulis dan membina ayat.

 

Langkah 3

(15 minit)

1. Murid membaca ayat yang sudah mereka bina.

1. Setiap murid membaca ayat yang sudah dibina dan menjelaskan jenis peribahasa yang digunakan.

2. Guru mendengar dan memberi komen mengenai karangan yang telah dibaca oleh murid.

3. Murid mendengar komen guru.

 

Penutup

(5 minit)

 

1. Rumusan

1. Guru membuat rumusan berkaitan pembelajaran hari ini.

2. Kelas selesai

 

 

Link Video Pengajaran : 

https://drive.google.com/file/d/1bpVjM4xr-jsii8M2jFM3MwQ6Eh7WQOp5/view?usp=sharing 

Sabtu, 18 September 2021

MENGENAL PERIBAHASA MELALUI VIDEO ANIMASI 😉


1.

Link video : https://www.youtube.com/watch?v=DeOUXdgr1d4

2. 


Link video : https://www.youtube.com/watch?v=Jfq4_aORW0k 

Peribahasa jenis Simpulan bahasa

 

PERIBAHASA  (SIMPULAN BAHASA )


Peribahasa merupakan ayat mahupun suusnan kata yang mengandungi maksud yang tertentu dan biasanya mempunyai maksud secara kiasan , berlapik ataupun tersirat.  namun , peribahasa juga terbahagi kepada empat jenis .

1. Simpulan bahasa 

2. Kata bidaan 

3. Pepatah

4. Perumpamaan


Oleh itu kali ini, kami akan kongsikan sedikit ilmu berkaitan peribahasa bagi simpulan bahasa.

Definisi Simpulan Bahasa :

Simpulan bahasa merujuk kepada rangkaian perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal. 
Selain itu ,ianya membawa maksud bahawa simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan susuatu maksud lain daripada erti yang lazim.

Dalam bahasa mudahnya, Simpulan bahasa merupakan peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang berbentuk kata majmuk dan mendorong maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuk perkataan tersebut. 

Antara contoh bagi simpulan bahasa ialah :

Sekarang sudah faham mengenai simpulan bahasa ? mari uji minda dengan menjawab tiga(3) kuiz berkenaan simpulan bahasa. Semoga berjaya !

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Skema jawapan :

1. Gambar 1 ( Kaki Bangku )

Maksud : Seseorang yang tidak pandai bermain bola sepak.


2. Gambar 2 (Raja Sehari )

Maksud: Pengantin 


3. Gambar 3 (Kera Sumbang )

Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain. 

Ahad, 12 September 2021

KENALI KAMI :)


NAMA: NURUL AIN ALISAH BINTI ALI HUSSEN 

NO MATRIC: RCB191101042 




NAMA : NURUL SYAFIQA ARBANA BINTI MAURICE 

NO MATRIC : RCB191101036






NAMA : DK FAUZANIZAH BINTI PG MOHD JAAFAR

NO MATRIC : RCB 20301008





NAMA : NUR FADZILAH BINTI MURSALIM

NO MATRIC : RCB191101040


NAMA : BIBI BAZELAH BINTI ABDULLAH 

NO MATRIC : RCB20301038

KATA-KATA HIKMAT :)

       Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kit...