Sabtu, 18 September 2021

Peribahasa jenis Simpulan bahasa

 

PERIBAHASA  (SIMPULAN BAHASA )


Peribahasa merupakan ayat mahupun suusnan kata yang mengandungi maksud yang tertentu dan biasanya mempunyai maksud secara kiasan , berlapik ataupun tersirat.  namun , peribahasa juga terbahagi kepada empat jenis .

1. Simpulan bahasa 

2. Kata bidaan 

3. Pepatah

4. Perumpamaan


Oleh itu kali ini, kami akan kongsikan sedikit ilmu berkaitan peribahasa bagi simpulan bahasa.

Definisi Simpulan Bahasa :

Simpulan bahasa merujuk kepada rangkaian perkataan yang tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang berlainan daripada asal. 
Selain itu ,ianya membawa maksud bahawa simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan tertentu untuk menyatakan susuatu maksud lain daripada erti yang lazim.

Dalam bahasa mudahnya, Simpulan bahasa merupakan peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang berbentuk kata majmuk dan mendorong maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuk perkataan tersebut. 

Antara contoh bagi simpulan bahasa ialah :

Sekarang sudah faham mengenai simpulan bahasa ? mari uji minda dengan menjawab tiga(3) kuiz berkenaan simpulan bahasa. Semoga berjaya !

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Skema jawapan :

1. Gambar 1 ( Kaki Bangku )

Maksud : Seseorang yang tidak pandai bermain bola sepak.


2. Gambar 2 (Raja Sehari )

Maksud: Pengantin 


3. Gambar 3 (Kera Sumbang )

Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain. 

Tiada ulasan:

KATA-KATA HIKMAT :)

       Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kit...